Powered by Blogger.

Klip video JDT cetus fenomena

Melaka Insider | 03:42 | 0 comments

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencetuskan feno­mena dan ngauman Harimau Selatan semakin garang.
Terbaharu, video mempromosikan jersi baharu pasukan jenama Adidas yang dimuat naik di Facebook JOHOR Southern Tigers (JDT) sudah ditonton lebih 1.5 juta pe­ngunjung, dikongsi lebih 50,000 kali dan menerima 72,907 Like setakat pukul 10 malam.
JDT nyata melakar sejarah tersendiri apabila jumlah itu ditonton tidak sampai 24 jam selepas dikongsi di laman Facebook tersebut.
Lebih menarik, pemilik Kelab JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut membuat kemunculan khas dalam video berdurasi tiga minit tujuh saat yang menampilkan pemain-pemain JDT dan ketua jurulatih pasukan, Mario Gomez.
Video yang disifatkan mempunyai kelas tersendiri dan dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai itu memaparkan para pemain JDT bermain dan menggelecek bola dengan memakai jersi baharu yang ditaja pengeluar pakaian terkemuka itu.
Kemunculan Tunku Ismail yang berpakaian sut dengan kemeja putih dalam video itu amat santai dengan memaparkan beliau memerhatikan beberapa pemain menggelecek bola di kawasan landasan daripada dalam pesawat peribadinya.
Rata-rata pengunjung laman Facebook tersebut nyata kagum dan seronok menonton video yang disifatkan berada dalam kelas tersendiri, malah setanding dengan video yang dikeluarkan jenama antarabangsa bagi mempromosikan produk mereka.
Bila ada yang suka, pasti ada yang tidak suka, sekali gus ada dalam kalangan netizen turut mengkritik video berkenaan yang didakwa diciplak daripada iklan Nike yang mempamerkan skuad Brazil yang dikeluarkan bersempena Piala Dunia 1998.
Malah, ada yang mendakwa, JDT bakal disaman oleh pengeluar ­barangan sukan gergasi Amerika Syarikat itu.
Dalam pada itu, Presiden Persa­tuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim menyifatkan pencapaian tersebut menunjukkan populariti JDT kini di tahap jauh lebih tinggi.
Pada masa sama, Ismail turut berkongsi berita gembira bersama peminat berhubung tajaan dari Thailand.
“Sewaktu JDT berada di Thailand, ada syarikat besar di sana ingin menaja kelab kita seperti mereka menaja beberapa kelab bola sepak di Eropah.
“Buat masa ini, rundingan sedang dilakukan dan kami akan memaklumkan kepada anda semua keputusannya nanti,” katanya.

- Utusan Malaysia

Sah!! Ong Kim Swe Jurulatih Skuad Kebangsaan!!

Melaka Insider | 03:19 | 0 comments

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak negara mengetepikan dua lagi calon akhir, Bojan Hodak dan Robert Alberts.

Pelantikan Kim Swee, 46, diumumkan oleh Pengerusi Tugas Khas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mokhtar Ahmad dalam sidang akhbar khas di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Satu Permulaan.....

Melaka Insider | 01:31 | 0 comments


 Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 750 Tahun....
Langkah pertama jebat mulakan dengan harapan dapat membantu parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara! Semoga dengan usaha jebat ini sedikit sebanyak dapat membantu UMNO untuk terus memperjuangkan kepentingan orang melayu dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Teguran dan nasihat amat jebat alu-alukan demi untuk kebaikan dan juga mempertingkatkan ilmu dan juga pengalaman.
Sekian.....

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. LaksamanaJebat - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger